Kelas Asas Komputer dan Microsoft Word Kumpulan 1

18 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Januari 2020, Jumaat, Pusat Internet(PI) Kg. Bandong dengan kerjasama PI Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Komputer dan Microsoft Word bagi Kumpulan 1 yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 6 belia.

Antara pengisian kelas adalah Taklimat pengenalan PI, Pengenalan kepada program Advokasi, asas komputer dan cara menggunakan Microsoft Word. Peserta diberikan latihan asas menaip dan penulisan karangan dengan menggunakan Microsoft Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali